membaca terjemahan SURAH 'ABASA..
melihat nama "ABDULLAH BIN UMMI MAKTUM"...,
seorang yang buta penglihatannya...
apakah istimewanya hamba ALLAH ini...,
sehingga namanya diangkat dalam alquran....~~
Abdullah bin Ummi Maktum ialah seorang sahabat nabi yang buta matanya...
Beliau pernah memohon pengecualian daripada Rasulullah SAW untuk tidak bersolat secara berjemaah di masjid pada waktu subuh...,
dengan alasan tiada orang yang memimpinnya.....
Rasulullah bertanya, “adakah kamu dapat mendengar azan?”.
Pantas beliau menjawab, “Tentu, Ya Rasulullah”.
“Kalau begitu, tiada keringanan bagimu”, balas Rasulullah.
Setiap subuh..., Abdullah bin Ummi Maktum meraba-meraba mencari jalan ke masjid dengan berpandukan suara azan pada waktu subuh....
Tidak lama dia keluar dari rumah dan menghayun langkah,
tiba-tiba kakinya tersadung batu
lalu beliau terjatuh dan terluka wajahnya,
lalu darah pun mengalir membasahi wajah mulianya.
Beliau berpatah balik ke rumah membersihkan wajah
dan menukar pakaian dan keluar semula dengan meraba-raba mencari jalan ke masjid.
Tiba-tiba datang seorang pemuda bertanya kepada beliau....
” pakcik, mahu ke mana?”
” Ke masjid”, jawab Abdullah bin Ummi Maktum.
“Marilah saya tolong pimpin pakcik ke masjid”, tawar pemuda itu.
Tentulah Abdullah bin Ummi Maktum berasa senang hati dengan tawaran itu.
Mulai dari sejak itu, setiap subuh Abdullah bin Ummi Maktum keluar menunaikan solat subuh di masjid dengan ditemani oleh pemuda itu.
Namun begitu, Abdullah bin Ummi Maktum tidak pernah mengetahui nama pemuda tersebut....
Setiap kali ditanya, pemuda itu menjawab,
“untuk apa pakcik perlu tahu nama saya?”
“aku ingin berdoa kepada Allah atas segala kebajikan yang kau lakukan kepadaku selama ini”.
”pakcik tak perlu berdoa untuk saya
dan jangan lagi bertanyakan nama saya”,
balas pemuda itu.
Abdullah terkejut dengan jawapan pemuda itu,
beliaupun kemudian bersumpah atas nama Allah,
meminta pemuda itu untuk tidak menemuinya lagi,
sampai beliau tahu siapa
dan mengapa dia terus memimpinnya menuju masjid
dan tidak mengharapkan balasan apapun.
Mendengar sumpah Abdullah bin Ummi Maktum,
pemuda itu kemudian berfikir panjang, dia kemudian berkata:
“Baiklah akan aku katakan siapa diriku sebenarnya.
“Aku adalah Iblis” jawabnya.
Abdullah bin Ummi Maktum tersentak tak percaya,
“Bagaimana mungkin engkau memimpinku ke masjid,
sedangkan dirimu menghalang manusia untuk mengerjakan solat?”
Iblis itu kemudian menjawab:
“Engkau masih ingat ketika dulu hendak melaksanakan solat subuh berjemaah, dirimu tersandung batu, lalu luka wajahmu?”.
“Iya, aku ingat” jawab Abdullah bin Ummi Maktum.
“Pada saat itu aku mendengar ucapan malaikat,
bahwasannya Allah telah mengampuni setengah dari dosamu,
aku takut kalau engkau tersandung untuk kedua kali,
lalu Allah menghapuskan setengah dosamu yang lain” jelas Iblis.
“Oleh kerana itu aku selalu memimpinmu ke masjid dan mengantarkanmu pulang,
khuatir jika engkau terjatuh lagi
ketika berangkat ke masjid.
dan dosamu akan diampunkan allah..