aku seorang pendosa
pada yang lepas, kini dan mungkin masa kehadapannya
sejauh mana aku cuba berlari
aku tetap seorang pendosa
mungkin kerana hati ini
sentiasa turun naik imannya
mungkin juga kerana
aku lalai dengan nikmat dunia
lupa rahmat tuhan yang maha esa
ya allah
aku sedar aku seorang pendosa
bagaimana mungkin aku menghadap-MU
dengan dosa yang memenuhi kalbu
ya allah
aku sedar aku seorang pendosa
hanya rahmat & kasih sayang-MU yang aku pinta
untuk menyucikan dosa2 yang tidak terkira hitamnya
ya allah
di keheningan malam tahajud ini
aku memohon keampunan-MU
sebagai seorang hamba
sebagai seorang pendosa
ampunilah dosa hamba ini...,
semoga aku dapat mehembuskan nafas terakhir dalam syahadah-MU
menemui-MU dengan tenang di akhirat sana.....







